Connect with us

Viral

Banjir makin kritikal, penduduk Pantai Timur angkut motosikal naik treler

Umum sedia tahu bahawa telah berlakunya musim tengkujuh yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur. Beberapa kawasan sudah pun dinaiki air dan penduduk setempat telah diarahkan berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Air yang naik ekoran daripada hujan lebat yang berlaku setiap hari membuatkan sesetengah penempatan terkepung sehingga penduduk di daerah tersebut tidak dapat keluar ke kawasan yang lebih selamat kerana kenderaan yang digunakan tersekat dalam air banjir.

Bawa naik motosikal atas treler

Sehubungan dengan itu, satu perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna laman sosial dikenali sebagai Noorhashim Mohamad di laman Facebook Himpunan Doa-doa memaparkan kenderaan ringan seperti motosikal telah diangkut menaiki treler untuk meredah air banjir.

Bergerak redah banjir

Menerusi perkongsian tersebut, jelas kelihatan motosikal telah diangkut menaiki treler dan meredah air bah yang memenuhi jalan raya.

Semoga Allah memberikan rahmat kepada yang membantu

Sehubungan dengan perkara tersebut, rata-rata pengguna media sosial telah meninggalkan komen diperkongsian yang telah dibuat oleh Noorhashim Mohamad itu.

Rata-rata mereka memuji inisiatif tersebut kerana membantu para penunggang motosikal yang telah tersekat di banjir besar akibat musim tenkujuh khususnya di Kelantan.

Hero-hero yang tak didendang

Terbaik abang lori

Sumber : Himpunan Doa-doa, Noorhashim Mohamad

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending