Connect with us

Selebriti

Berkat doa depan Kaabah, lagu Haqiem Rusli buat ayah mara ke AJL34

Malam semalam telah berlangsungnya Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 yang mana pengumuman keputusan 12 lagu yang bakal ke Anugerah Juara Lagu 34 turut diumumkan.

Kali ini, dominasi daripada penyanyi, komposer serta penulis lirik baru dan lama dilihat sekata kerana pilihan lagu ke pentas AJL Februari nanti sememangnya berkualiti.

Layak ke AJL 34

Antara yang mencuri tumpuan adalah lagu dendangan Haqiem Rusli berjudul Lembah Kesepian yang berjaya meloloskan diri ke pentas berprestij tersebut walaupun kurang mendapat tempat di YouTube berbanding karya-karya Haqiem yang lain.

Walaupun tidak dapat bersama di malam pengumuman 12 lagu yang layak kerana sedang berada di Tanah Suci disebabkan sedang menunaikan umrah, Haqiem telah memuat naik rasa syukur dan terima kasihnya di Instagram.

Tuju khas buat ayah

Menurut Haqiem, lagu tersebut dikarang bagi menghargai pengorbanan seorang bapa dan ditujukan khas buat ayah tersayang yang tidak pernah tahu erti lelah mencari rezeki untuk keluarga.

Tambahnya lagi, walaupun lagu tersebut tidak mendapat perhatian yang luar biasa, namun inti pati dan mesejnya diharap sampai kepada para pendengar.

Ibu doa depan Kaabah

Mungkin atas berkat seorang ibu yang juga sama-sama berdoa di hadapan Kaabah, lagu Lembah Kesepian berjaya mara dan perkara tersebut membuatkan peminat-peminat penyanyi itu meluahkan rasa syukur di Instagram.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Haqiem Rusli mampu menggalas tanggungjawab mendendangkan lagu tersebut dengan sebaiknya.

Syukur tahniah bro!

Semoga urusan dipermudahkan

 

Sumber: Haqiem Rusli

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending