Connect with us

Viral

Biasa kena maki, kali ini hasil conteng baju budak SPM dapat pujian netizen

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru sahaja melabuhkan tirai. Pelbagai ragam dapat dilihat menerusi media sosial bagaimana mereka meraikan hari terakhir bergelar pelajar sekolah.

Ada yang mengundang persepsi negatif warganet dan ada juga yang menunjukkan perkara positif dengan amalan terpuji. Namun, sejak dahulu lagi, trend menconteng baju sekolah apabila selesainya zaman persekolahan seakan belum ditelan zaman.

Walaupun ada sebahagian daripada kita tidak menyokong budaya tersebut, ia masih lagi dilakukan sehingga sekarang kerana sudah menjadi tradisi zaman berzaman.

Harap mak nak marah tak jadilah balik nanti

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna dikenali sebagai bidweed, dia telah memuat naik beberapa hasil karyanya yang menconteng seragam sekolah namun kelihatan sungguh menarik.

Lukisan yang dilorekkan dibelakang seragam sekolah terlihat kemas walaupun menggunakan peralatan melukis yang biasa sahaja.

Masing2 tunjuk bakat

Selain daripada perkongsian bidweed, terdapat balasan komen di posting tersebut yang menyertakan lukisan mereka di baju seragam sekolah. Ternyata hasil ‘contengan’ tersebut menarik perhatian kerana kelihatan cantik.

 

 

Conteng macam ni je boleh diterima

Sehubungan dengan hal tersebut, menerusi perkongsian yang dibuat oleh sumber, rata-rata memuji hasil karya pelajar-pelajar itu meskipun dilihat budaya menconteng baju adalah sesuatu yang kurang manis dilakukan.

Namun, bakat yang mereka lorekkan di baju seusai tamatnya zaman persekolahan harus dipuji berkutan terhasil kemas dan berseni.

Pandai budak2 ni lukis

Sumber : bidweed

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending