Connect with us

Viral

Budak takut nak berkhatan, abang bomba ajak nasyid selawat sama2

Sekarang tibalah musim cuti sekolah, jadi ramai dalam kalangan ibu bapa mengambil peluang ini untuk menyunatkan anak-anak lelaki mereka.

Jadi dapatlah kita lihat pelbagai ragam kanak-kanak lelaki yang nak bersunat, ada yang nampak berani tapi ada juga yang bermandi air mata takut disunat.

Salah satu yang mencuri perhatian adalah rakaman yang tular baru-baru ini, memaparkan seorang budak lelaki yang gemuruh bercampur takut mula menjerit apabila doktor mula mahu menyunatnya.

Sama2 abang bomba selawat dengan budak nak sunat

Memang kesian melihatnya, tetapi pada masa yang sama agak lucu melihat gelagat budak lelaki itu. Malah, anggota bomba yang berada disitu cuba menenangkan budak tersebut dengan bersama-sama mereka berselawat.

Dah Cucuk Dah Kerr ???Video Tetbaru Gelagat Anak Teruna Berkhatan…. Hahaha…Cuti sekolah dh bmula….bkn hanya musim naik pelamin..tp juga musim bkhatan….ni la gelagat ank teruna ku ketika nk bkhatan ….terima kasih buat semua yg terlibat…Tuan Imam,ajk masjid,AJK masjis bkhatan,cikgu johari sk guar chempedak,bomba guar chempedak….dan jugak buat semua yg terlibat secara langsung atau pun x…..Alhamdulillah majlis bkhatan yg sgt gilang gemilang……Lokasi :masjid arrahmah kariah sungai belidaTarikh: 25/11/2019Mcm2 jugak tugas abam2 bomba…..heheheheKredit Hafiza Hambali

Posted by Viral Media Johor on Wednesday, November 27, 2019

Akhirnya budak lelaki itu berjaya mengatasi ketakutannya dan telah disunat dengan selamat oleh doktor yang bertugas sambil dibantu oleh beberapa anggota bomba.

Aduhai lucu la awak ni dik…

Gelagat budak lelaki itu nyata mencuit hati, rata-rata netizen juga geli hati melihatnya dan mengimbau kenangan pengalaman mereka menyunatkan anak.

Ada sampai dua jam tak henti nangis

Dia punya orang sebelah pun jerit sama

Berulang kali aku tengok ko ni dik

Sumber : Viral Media Johor

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending