Connect with us

#news

Ingkar larangan Zionis , ribuan Muslim rempuh masjid tunai Subuh berjemaah

Umum sedia tahu bahawa Tebing Barat Palestin masih lagi bergolak berikutan serangan yang tidak putus-putus daripada tentera Israel.

Dalam perkembangan terbaru, rejim Zionis telah menghalang umat Islam di Palestin untuk menunaikan solat di Masjid Ibrahimi iaitu masjid yang ddipercayai terdapat makam Nabi Ibrahim a.s.

Ingkar arahan tak masuk masjid

Lebih memburukkan keadaan, tentera Israel itu menghalang laungan azan serta menutup akses memasuki masjid terkemuka di daerah tersebut.

Namun begitu, sejak semalam, masyarakat Islam disana telah ingkar dengan arahan tidak masuk akal rejim Zionis dan menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid tersebut.

Kira-kira ribuan umat Islam menghadiri solat subuh waktu tempatan tanpa menghiraukan larangan sebelum ini.

Tutup untuk Islam, buka untuk Yahudi

Menerusi Sinar Harian, memetik kata-kata agensi, baru-baru ini, tentera Israel telah menutup masjid tersebut kepada umat Islam dan membenarkan kaum Yahudi memasukinya bagi meraikan perayaan Sigd.

Hal ini membuatkan umat Islam berasa terpukul dan menyebabkan mereka mengambil keputusan melanggar arahan supaya tidak memasuki masjid bersejarah itu semalam.

Sehubungan dengan hal tersebut, ribuan umat Islam telah membanjiri perkarangan masjid yang menjadi tempat suci kedua-dua agama ini sehinggakan perkarangan tempat ibadat itu sesak.

Barisan penduduk Islam tidak mengira umur khusyuk berjemaah solat Subuh di hening pagi semalam waktu tempatan.

Sumber : Sinar Harian

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending