Connect with us

#pop

Lepas geng dewi2, Drama Band perli Dato’ Aliff Syukri & Ysuku pelawak pula?

Selepas mencetuskan kontroversi dengan menghasilkan klip video seakan memerli beberapa selebriti Malaysia, kali ini Drama Band tampil sekali lagi dengan menggunakan modus operandi yang sama bagi lagu terbaru mereka.

Sebelum ini tular video klip lagu Drama yang didakwa menjadikan kes peserta-peserta Dewi Remaja dan beberapa lagi kisah panas membabitkan artis Malaysia sebagai jalan cerita video klip lagu tersebut.

Drama band buat hal lagi

Nampaknya, band yang diketuai oleh Aepul Roza sekali lagi membuat kejutan apabila memjadikan pengasas kosmetik dan juga YouTuber terkenal sebagai bahan parodinya. Selain daripada itu, kisah Ysuku dalam kalangan pelawak juga turut terkena tempias.

Ada yang panas lepas ni

Lagu yang didendangkan oleh kumpulan ini yang turut menyaksikan AG Coco bertindak sebagai pemain gitar dalam muzik video tersebut.

Sebagai ringkasan, menerusi MV lagu Satu-satu ini dilihat seakan senario yang terjadi dalam video-video Dato’ Aliff Syukri apabila memaparkan kegilaannya terhadap barang mewah dan kerap menujukkan di laman sosial.

Bergaduh lepastu upload dekat YouTube

Selain itu, kes pergaduhannya dengan Baby Shima turut menjadi salah satu parodi dalam MV lagu tersebut.

Geng2 Ysuku pun kena jugak

Dalam pada itu, watak-watak seakan Joker turut dilihat memerli beberapa orang pelawak yang pernah tular bergaduh sesama sendiri di Instagram mengenai motosikal jenama Ysuku.

Kena lagi sekali ke?

Selain daripada kes itu, kisah bekas juara Dewi Remaja yang membuat laporan polis berkaitan warna kulitnya turut menjadi bahan Drama Band sekali lagi.

Sesuailah dengan nama band

Sehubungan dengan hal tersebut, menerusi komen yang diperoleh daripada saluran YouTube kumpulan muzik itu, rata-rata netizen menyedari siapa yang dimaksudkan oleh mereka dan memberikan maklum balas yang pelbagai.

Mereka telah memberikan komen positif dan mengatakan bahawa inilah cara orang seni dalam memerli dan sememangnya perkara tersebut benar dan disaksikan oleh netizen dilaman sosial sejak kebelakangan ini.

Semua kena…

Bagus cara diorang sampaikan mesej

Niorang panggil sindir berseni

Sumber : Drama Band

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending