Connect with us

#news

Lepas sebulan pemergian ibu, remaja perempuan hidap ‘hydrocephalus’ meninggal dunia

Terdahulu, media pernah melaporkan mengenai kisah remaja perempuan bernama Siti Nurul Syafiqah Hassan yang menghidap penyakit hydrocephalus iaitu lebihan cecair dalam kepala.

Hari ini, dukacita dimaklumkan bahawa remaja berusia 13 tahun, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12.27 tengah malam.

Syafiqah ‘pergi’ selepas ibu

Apa yang lebih menyentuh perasaan adalah, remaja 13 tahun itu meninggal selepas 32 hari pemergian arwah ibunya Rosnani Mohamad, 41, 26 Oktober lalu akibat sesak nafas.

Tidak mahu makan & minum

Menurut kakak sulungnya, Zubaidah Hassan, adiknya tidak mahu makan atau minum kerana mempunyai ulser di mulut sebelum keadaannya bertambah kritikal dan meninggal dunia.

“Malam tadi keadaannya semakin tenat dan semua ahli keluarga terdekat termasuk saudara-mara berada bersama arwah sebelum dia menghembus nafas terakhir…”

Adik Nurul Syafiqah dikhabarkan akan disemadikan bersebelahan pusara arwah ibunya pada jam 11 pagi ini, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kampung Pangkal Kerdas, Machang.

Sumber : Harian Metro

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending