Connect with us

Selebriti

“Maafkan aku Toq.” – Tersingkir di hari pemergian Pak Yus, Jambus mohon maaf

Umum sedia tahu bahawa tanggal 29 November 2015 industri seni Tanah Air dikejutkan dengan pemergian pelawak terkenal ketika itu iaitu Pak Yus dari kumpulan Jambu.

Pemergian tersebut benar-benar memberi tamparan hebat buat sahabat baiknya yang juga ahli kumpulan jambu, Tauke. Enggan terus dirundung kesedihan, Tauke bangkit dan terus menyertai Maharajalawak Mega saban tahun dengan membawa nama Jambu.

Tersingkir pada hari pemergian Pak Yus

Untuk MLM2019, Tauke telah bergandingan dengan seorang lagi pelawak yang sedang meningkat naik iaitu Tapai dari kumpulan Kiut. Menggunakan nama jambus, mereka berentap dengan peserta-peserta lain setiap hari Jumaat di pentas MLM2019.

Namun, malam tadi telah memperlihatkan pengakhiran saingan mereka di pentas itu kerana diumumkan tersingkir pada minggu yang ke-5.

Minta maaf pada Tauke

Lebih sedih lagi, mereka tersingkir dalam saingan selepas genap empat tahun ahli kumpulan Jambu, Pak Yus atau Yussry bin Edoo menghembuskan nafas yang terakhir.

Merasakan diri menjadi punca penyikiran tersebut, anggota kumpulan Jambus, Tapai telah memohon maaf secara terbuka kepada Tauke menerusi Instagram miliknya.

“Maafkan saya semua sahabat… maafkan wa toq. Disebabkan wa, lu tersingkir awal. Orang cakap ada hikmah ni. Aku cakap tak…disebabkan aku, kami tersingkir awal.”

Ramai harap macam arwah Pak Yus

Susulan daripada itu, menerusi ruang komen di Instagram pelawak tersebut, rata-rata netizen telah meninggalkan maklum balas yang pelbagai.

Mereka telah memberikan sedikit komen motivasi agar kumpulan Jambus tidak berasa terlalu kecewa atas penyingkiran dalam saingan MLM2019 tersebut.

Setiap yang jadi ada hikmah

Kalah menang adat pertandingan

Sumber : Tapai_86

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending