Connect with us

#news

Masjid meriah dengan jemaah, Solat Subuh penuh cecah 600 orang setiap hari

Jarang kita dapat lihat solat jemaah pada waktu subuh di masjid-masjid dipenuhi oleh orang ramai. Kebiasaannya, masjid akan dapat dilihat sesak ketika waktu solat Jumaat ataupun pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Sentiasa penuh dengan jemaah

Walau bagaimanapun, perkara tersebut berbeza dengan keadaan di sebuah masjid di Temerloh Pahang yang sentiasa padat dengan jemaahnya setiap hari.

Tempat berkumpul dan beribadat

Menerusi Sinar Harian, Masjid Temerloh Jaya ini mampu memuatkan kira-kira 800 orang pada satu-satu masa dan kebiasaannya jemaah solat Subuh dianggarkan dalam 600 orang iaitu kira-kira 10 hingga 13 saf.

Menurut pengurusi masjid tersebut, Dr Abdullah Ismail berkata, mereka menggunakan tagline “Masjid Temerloh Jaya, Masjid Kita” untuk menarik orang ramai, seterusnya membuatkan jemaah merasakan masjid itu kepunyaan mereka.

“Masjid ini bukan saja tempat untuk beribadah, tetapi juga dijadikan pusat kegiatan penduduk dalam apa juga aktiviti bagi memastikan masjid ini menjadi tumpuan penduduk sekitar.”

 

Ada aktiviti lain jadi penarik

Tambahnya lagi, aktiviti seperti anjuran jamuan perdana yang dilakukan setiap Khamis menggalakan lagi para jemaah untuk hadir ke masjid tersebut.

Semoga menjadi contoh kepada masjid lain

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat oleh Facebook sumber, rata-rata netizen telah meninggalkan komen yang positif melihat daripada situasi di masjid tersebut.

Ia bukan sahaja memperlihatkan satu fenomena yang bagus, malahan menunjukkan bahawa penyatuan ummah dapat disemai melalui solat berjemaah di masjid.

Alhamdulillah ikut sunnah nabi

Ramai yang ingin ke sana

Sumber : Sinar Harian

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending