Connect with us

Viral

Remaja meninggal kerana kanser, video kenangan abang buat adik undang sebak

Kasih-sayang antara adik beradik merupakan satu perhubungan yang tidak boleh dileraikan. Mereka adalah teman pertama kita dalam membesar sebelum kita bertemu lebih ramai rakan-rakan di luar rumah.

“Aku tak percaya kau dah tak ada”

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, Aiman Farhadan, dia telah berkongsi satu video perjalanan kehidupan adiknya yang baru sahaja meninggal dunia akibat daripada kanser.

Video yang begitu mengudang sebak itu telah berjaya menarik perhatian ramai pihak sehingga dikongsikan ribuan pengguna di Twitter.

Siapa nak teman aku naik motor lagi

Remaja itu memberitahu bahawa adiknya baru sahaja meninggal dunia pada 26/11/2019 akibat menghidap kanser tahap empat sejak Februari lalu. Dia yang dirundung sedih telah mencoretkan beberapa kenangan dengan adiknya di laman sosial tersebut.

Rindu sangat dekat kau dik…

Abang datang tengok kau ni…

Barang sampai, adik dah tiada

Tambah Aiman lagi, adiknya baru sahaja membeli barangan secara atas talian namun tidak dapat memakainya kerana sudah pun meninggal dunia.

Banyak bersabar bro

Hubungan rapat antara mereka membuatkan remaja tersebut begitu terkesan dengan pemergian adiknya. Namun begitu, Aiman mengakui redha dan pasrah dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Sehubungan dengan hal tersebut, rata-rata warganet yang menonton video kenangan yang dibuat telah menurunkan maklum balas yang pelbagai diruangan komen.

Mereka telah menzahirkan ucapan takziah serta berharap agar Aiman dapat bersabar dengan pemergian adik tersayang.

Sedih pulak tengok video tuu

Salam takziah buat keluarga

 

Sumber : Aiman Farhadan

 

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending