Connect with us

Viral

Sebelah nak buat rumah banglo, tapi suka hati lambakan bahan binaan depan rumah nenek

Masalah akan mula timbul apabila manusia kurangnya common sense, daripada situlah pelbagai pertelingkahan dan salah faham akan mula tercetus.

Begitu juga dengan seorang wanita warga emas yang sudah berusia 95 tahun, yang kini hanya tinggal berseorangan kerana anaknya dikatakan sudah meninggal.

Kisah nenek itu mula tular sejak semalam, apabila diberitahu kontraktor yang sedang buat renovation sebuah rumah banglo di sebelah, didakwan meletakkan bahan binaan di hadapan rumah nenek itu.

Suka hati letak depan rumah nenek

Akibat daripada itu, bahan binaan seperti pasir dan batu-bata telah menyebabkan rumah nenek itu berhabuk, sehingga terpaksalah warga emas menyapu dan mengemop lantai rumahnya berulang kali.

Dikatakan, kontraktor meletakan bahan binaan disitu atas pemilik rumah banglo itu tidak membuka pintu dan meminta melambakan sahaja bahan binaan di hadapan rumah nenek itu.

Suruh nenek diam

Lebih menyakitkan hati lagi, apabila nenek tersebut meminta untuk meletakan kesemua bahan jauh sedikit daripada kawasan rumahnya, malah warga emas itu pula dimarahi dan disuruh diam oleh pemandu lori yang membawa bahan binaan tersebut.

Kecewa dengan sikap individu-individu terbabit, nenek tersebut meluahkan rasa sedih dengan perbuatan mereka, yang jelas tidak menghormati haknya.

Walau bagaimanapun, selepas kisah nenek ini tular, berdasarkan salah satu komen memberitahu bahawa pemilik rumah banglo itu telah menyuruh pihak kontraktor memindahkan bahan binaan ke kawasan rumahnya.

Sumber : Cari Internet BM

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending