Connect with us

Selebriti

“Semput dah ni…” – Esok nak beranak, Wawa Zainal gigih lagi hantar barang pada pelanggan

Semakin rancak nampaknya pasangan selebriti Aeril Zafril dan isterinya Wawa Zainal berniaga, setiap hari memang tidak menang tangan untuk melayani para pelanggan yang mahu membeli produk mereka.

Meskipun sedang sarat mengandung dan bakal melahirkan anak ketiga, Wawa masih lagi gigih untuk meneruskan aktiviti perniagannya seperti biasa.

Lebih-lebih lagi, mereka baru sahaja mengeluarkan produk terbaru memang berduyun-duyun orang yang mahu mendapatkan produk tersebut.

Semput dah nak beranak…

Menerusi muat naik di IG Aeril pula, Wawa walaupun sudah semput kerana kini hanya menunggu hari untuk bersalin, tetap juga menemani suaminya menghantar barangan kepada pelanggan.

Jangka beranak esok…

Memang kuat ibu muda ini, difahamkan Wawa dijangka melahirkan anak esok, jadi mungkin kerana itulah Wawa menghabiskan kesemua pesanannya sebelum berehat panjang.

Kuat lagi kak Wawa…

Melihat ‘mak buyung’ masih kuat lagi berniaga, rata-rata netizen kagum dengan kesungguhan Wawa dan berharap agar dipermudahkan urusan bersalin.

Dah sarat larat lagi dia jalan merata

Nanti mesti baby pun rajin meniaga

Sumber : Aeril Zafril

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending