Connect with us

Viral

Tamat persekolahan, video perpisahan pelajar SPM tambah hiba bila guru kelas jadi sebak

Setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maka itu selepas ini, tidak perlu lagi bangun awal, pakai pakaian seragam dan pergi sekolah kerana kini sudah memasuki fasa hidup yang baru.

Justeru, ramai dalam kalangan pelajar tingkatan 5 membuat majlis perpisahan bersama rakan-rakan sekelas dan guru sebagai kenangan terakhir bergelar pelajar sekolah.

Nak try jugak la….

Sebagai kenang-kenangan, menerusi perkongsian di Twitter seorang pengguna dengan nama akaun Eelharm telah memuat naik video memaparkan kesemua rakan sekelasnya mengucapkan selamat tinggal kepada guru mereka.

Membuat video bertemakan ‘potret kelas’ seorang demi seorang pelajar keluar bersalaman dengan guru mereka sebelum keluar daripada ‘frame’ menandakan satu perpisahan.

Hari terakhir sekelas dengan cikgu kesayangan

Video disunting dengan latar belakang muzik instrumental membuatkan suasan bertambah syahdu, lebih memilukan lagi apabila guru, dikenali sebagai cikgu Noridah, tidak dapat menahan sebak apabila kesemua pelajarnya bakal meninggalkan sekolah.

Ya Allah sebaknya…

Menerusi ruangan komen, netizen rata-ratanya meluahkan rasa sebak dan syahdu melihat video tersebut, kerana semua dapat merasai saat itu apabila dewasa dan bakal menempuh laluan berbeza.

Tisu please…

Ingat semua pesanan cikgu

Rasa syahdu sangat…

Setiap daripada kita akan menempuh fasa yang baru dalam hidup, namun sejauh mana masa membawa kita, tetapi kita masih ada kenangan yang boleh dikenang sampai bila-bila.

Sumber : Eelharm

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending