Connect with us

Viral

“Tengok Din, semua peluk & cium dahi ayah kau…” – Pelajar Malaysia di Maghribi selamat dikebumi

Terdahulu, media pernah melaporkan mengenai kematian seorang pelajar Malaysia, Allahyarham Mohd Hafizuddin bin Hazrul  yang menuntut di sebuah universiti di Maghribi yang menderita penyakit Leukimia.

Baru-baru ini, salah seorang sahabat arwah menerusi Twitter dengan nama akaun Aishah telah berkongsi sebuah video memaparkan ayah arwah sangat disantuni oleh penduduk setempat yang turut bersimpati dengan pemergian arwah.

Tengok ni din, semua peluk & cium dahi ayah kau

Dapat diperhatikan menerusi video yang dikongsikan, ayah arwah dipeluk dan dicium oleh penduduk yang ada ketika pengebumian arwah, malah ada diantara memberi kata-kata semangat buatnya.

Orang Arab hormat pelajar tuntut ilmu di negara mereka

Tindakan mereka mencium dan memeluk bapa arwah adalah sebagai tanda hormat, kerana bagi mereka pelajar luar yang datang menuntut ilmu di negara mereka sangat dimuliakan.

Ramai yang datang pengebumian arwah

Mengimbas kembali ketika majlis pengebumian arwah, dilihat begitu ramai sekali yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah.

Selesai sudah persemadian jenazah Allahyarham Mohd Hafizuddin bin Hazrul, diiringi ayahanda beliau, Hazrul bin Abdullah….

Posted by Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi PMMM on Tuesday, November 26, 2019

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Dengan izinNya, arwah pergi dalam keadaan yang dimuliakan, rata-rata netizen yang juga turut tersentuh dengan pemergian arwah, masing-masing menzahirkan ucapan takziah.

Yang pergi tidak akan kembali lagi, namun kenangan bersamanya tidak akan pernah luput daripada ingatan ahli keluarga dan juga kenalan. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber : Aishah, PMMM

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending