Connect with us

Viral

Terlantar lemah tak halang ustaz tabur bakti ajar mengaji al-Quran atas katil

Menjadi seseorang yang menyebarkan ilmu merupakan suatu tugas yang mulia apatah lagi berkaitan dengan saham akhirat. Perkara-perkara ini bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada orang lain malahan memberi ganjaran pahala kepada diri sendiri.

Menerusi perkongsian yang diperoleh daripada Sinar Harian, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Azfar Mohd Yusuf, 31, ilmu yang diperoleh telah dimanfaatkan sebaiknya walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan.

Terlantar dikatil ajar baca al-Quran

Pemuda tersebut telah mengajar orang ramai membaca al-Quran walaupun dia sendiri terlantar diatas katil. Dia telah menjadi tenaga pengajar secara persendirian di rumahnya dengan kehadiran kanak-kanak dari usia 5 hingga 17 tahun.

Beri hadiah untuk tingkatkan motvasi

Azfar yang juga merupakan lepasan Sekolah Kebangsaan Sungai Petani dan Maahad Tahfiz Kampung Huda mengakui amat meminati pembelajaran berkaitan al-Quran hingga mendorongnya untuk mengajar orang lain membaca al-Quran.

Dia juga mempunyai kaedah tersendiri dalam mengajar kanak-kanak dengan memberikan hadiah sebagai cara untuk memotivasikan mereka.

“Untuk peningkatan prestasi, kita kena selalu hargai mereka atau beri hadiah seperti permainan, bahan bacaan, aiskrim atau apa-apa yang mereka suka. Melalui cara ini, mereka memberikan perhatian dan akur dengan arahan memandangkan saya tidak mampu bergerak.”

Mengajar & belajar bersama-sama

Selain itu juga, Azfar yang mesra disapa ustaz turut menerima pelawaan daripada orang dewasa untuk mengajar membawa al-Quran juga. Menurutnya, dia menerima jemputan mengajar mengaji dan memperbetulkan bacaan di seluruh negara melalui WhatApps.

Semoga jadi inspirasi

Sehubungan dengan itu, menurut Ustaz Azfar, dia berharap agar usaha yang dilakukan dapat menjadi inspirasi kepada semua dan berharap mampu mempelajari lebih mendalam mengenai al-Quran sekali gus memberi tunjuk ajar kepada pelajarnya.

“Saya berharap usaha saya ini menjadi inspirasi kepada semua selain berazam untuk meningkatkan ilmu serta pengetahuan dalam memantapkan penguasaan al-Quran.” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending