Connect with us

Viral

warga emas hidup sendiri bergelumang najis & makanan basi undang sebak

Tiada  siapa dapat menduga kehidupan kita suatu hari nanti bagaimana keadaannya. Jika bernasib baik, kita akan dilayan dan dihargai oleh orang sekeliling.

Namun begitu, bukan semua dapat merasai pengalaman diakhir usia dijaga dan dirawat dengan baik oleh orang tersayang. Ada juga warga emas yang terpaksa hidup bersendirian mengharungi sisa kehidupan dalam keadaan serba menyedihkan.

Hidup dengan makanan basi & najis seorang diri

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Khairul Afiq, dia telah menziarahi rumah seorang warga emas yang dilaporkan oleh penduduk setempat bahawa tinggal dalam keadaan menyedihkan.

 

Mandikan uncle tua tu sebelum bawa naik ambulans

Khairul Afiq yang juga seorang pembantu perubatan telah pergi ke rumah warga emas tersebut bersama rakan sejawatnya bagi membantu lelaki tersebut pergi mendapatkan rawatan ke hospital.

Menurutnya, lelaki tua itu begitu kurus dan hidup bergelumang najis serta makanan basi. Sisa najis juga mengalir dilantai serta kelihatan sangat tidak terurus.

 

Tambah pembantu perubatan itu lagi, anak saudara lelaki tersebut hanya datang selepas diberitahu ada pekerja yang ingin meracun rumput di hadapan rumah pakciknya itu.

Terbaik MA berdua…

Sehubungan dengan hal tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Facebook dengan menzahirkan rasa hiba melihat keadaan pakcik itu.

Mereka juga memuji sikap dan tanggunjawab kedua-dua pembantu perubatan tersebut yang menghulurkan bantuan agar memudahkan urusan warga emas itu sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Patut mandikan sekali anak buah dia

Sumber : Khairul Afiq

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Trending